Monday, January 18, 2010

apabila hati mati

apabila hati mati, kita akan seronok melakukan kesalahan. tak kisah dengan perkara maksiat dan lagha. segala amanah dan tanggungjawab ditinggalkan. hilang rasa bersalah atas kesilapan yang dilakukan. tiada rasa malu bukan hanya pada pencipta Agung, bahkan juga pada makhluk.
Allahuakbar, jauhkan aku dari hati mati. tak mahu aku berada dalam kelalaian. takut aku pada azabMU..
sedar tak, kita sentiasa leka. kerana kita manusia. tapi selalu tak kita minta ampun padaNya? kita cuma tahu meminta itu dan ini, tanpa pernah memberi..
jangan biar hati mati. jangan pernah sesekali rasa seronok melakukan dosa. sentiasa hakimi diri. timbang segala silap dan salah kita. kadang2, kita memang terlupa. tapi jangan sengaja buat2 lupa. jangan sampai ada rasa tak kisah jika melewatkan solat, tak menjaga pergaulan antara muslimin muslimat. zikrullah lah selalu. sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan tenang.

p/s: tiada alasan hampeh dalam memperbaiki diri. dekatkan diri pada Allah. jangan hanya berdegar di mulut, tapi tidak dihati. jangan cemar nama baik Islam!

Thursday, December 31, 2009

pemimpin n pimpinan

pemimpin punya kuasa dan tanggungjawab untuk memimpin. sebab itu namanya pemimpin. nak pilih pemimpin, biar yang selayaknya. yang tahu tanggungjawab dan tahu jalankan tanggungjawab.

tapi, pemimpin pun asalnya dari kosong juga. tiada pemimpin yang lahir terus memimpin. kepimpinan mesti dipupuk. mula dari awal. semua orang sebenarnya pemimpin, kan? dan semua orang tidak sempurna, betul? jadi, pemimpin pun sebenarnya lemah dan melakukan kesalahan. pemimpin layak dan wajar untuk ditegur. siapa yang menegur? sudah tentulah orang yang dipimpin. menegur untuk dibetulkan kesalahannya.. supaya dapat menjadikan sesuatu itu lebih baik dari sebelumnya. dan seperkara yang paling penting, supaya pemimpin tidak lah sentiasa berada dalam keadaan selesa. ini sekadar peringatan.. sedikit rasa hati yang ingin dikongsi bersama semua. sebab ana pun pemimpin. pemimpin pada kerajaan terbesar, iaitu diri sendiri.

p/s : terima kasih atas peringatan ini, sahabat (^_^)

Monday, December 7, 2009

pasangan hidup

Tak syak lagi, dia lah pasangan hidupku. Dia selalu ada, bila aku perlukan. Malah dia sentiasa ada.. Cuma aku yang kadang2 tak perasan. Kalau ada masalah, rujuk dia. InsyaAllah settle. Dia banyak mengajar aku. Dia pelengkap hidupku. Dia lah qurratul qalbi (penyejuk hatiku). Ya Allah, terima kasih kerana perkenalkan aku pada dia. Aku memang sangat2 perlukan dia. Lagi2 dalam waktu yang sangat mencabar bagiku kini. Tapi, masih banyak lagi yang aku nak tahu mengenai dia.. Aku akan cuba ! Ada siapa2 yang nak berkenalan dengan dia? Dia lah Islam.. Ad-Deenul haq..


p/s: elakkan diri dari menjadi penghalang orang lain untuk ke syurga

Thursday, November 26, 2009

we are muslims

assalamualaikum to all readers

we are muslims, right? we do correct each other.
in becoming a better Muslim, we should know how to give and take.
in terms of tolerating, understanding, respecting, etc etc..
all are needed to create a great Islam.
because we are the one who build up our religion.
we are the shabab of Islam. it is important to tell oneself whether he's doing right or wrong.
never let our siblings doing wrong things.
and the wrong person should accept the advices given.
sensitive is important, and to know when to use it, is also important.
please, do correct each other..

p/s: salam eid adha to all sahabat. uhibbukum fillah..

Saturday, November 21, 2009

xprience is the best teacher

Alhamdulillah, baru kini berkesempatan untuk meng'update' blog. seminggu menghilang sudah banyak memberi muhasabah pada diri ini. Ana ke kem kepimpinan yang dianjurkan oleh kolej ana. 3 hari di UTM, sehari perjalanan ke Pangkor dan menghabiskan baki 3 hari di sana. Pada mulanya, ana memang berat hati untuk pergi. Macam2 perkara negative yang ana pikirkan mengenai kem sebelum ana sertai. Ana akui, ana memang tidak mengikhlaskan hati pada mulanya untuk sertai kem ini.
Selama 3 hari di UTM, peserta diajar untuk memotivasikan diri. Diberi ceramah tentang peraturan2 dan pelan2 terkini di UTM. Peserta juga berdebat dan di provok untuk membina keyakinan diri. Games dan denda2 yang dikenakan bertujuan membina personaliti positif dalam diri peserta. Amazing challenges merupakan aktiviti yang banyak menguji IQ dan kerjasama berkumpulan. Masa merupakan cabaran terpenting dalam setiap aktiviti.
Di Pangkor, banyak menguji kekuatan fizikal dan mental. Selaras dengan pelan transformasi pembangunan mahasiswa yang digagaskan di UTM, ana berpendapat, ia sememangnya memberi impak pada peserta. Kami dibawa ke hutan dara yang masih belum diteroka dan ditinggalkan semalaman di sana dipantau oleh kapten Ismadi dan 3 orang leftenan. Di atas sana, peserta diminta membina tapak khemah, tandas, tangga, ruang solat, dan tong sampah. Alhamdulillah, menjelang petang, kami diuji dengan hujan yang turun semalaman. Agak mencabar bagi ana, selaku ketua kumpulan, untuk memastikan unggun api terus menyala tidak padam kerana itu sahaja punca kami memanaskan badan. Keadaan yang teramat sejuk dengan hujan yang lebat memang sangat menguji. Ana perlu pastikan anak2 buah ana masih bernyawa sehingga esoknya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya ana ketika itu dengan api yang hampir malap kerana kayu api lembab dan ada antara anak buah yang asma. Khemah yang dipasang tidak digunakan. Kami duduk beramai2 mengelilingi unggun api, maen bermacam2 games untuk mempercepatkan masa. Even isu kahwin pun kami bangkitkankan untuk mendapatkan respon dari semua.. Bumbung dari kanopi khemah kami pasang di atas unggun api untuk mengelakkan terkena hujan. Alhamdulillah, ana ada anak2 buah yang sangat bagus dan memberi kerjasama. Masing2 tahu apa yang perlu dilakukan. Firdaus urus bahagian sentry, nizar urus unggun api, kak syakina urus makanan, nira dan amal urus kebersihan tapak. Mereka semua lah sebenarnya yang layak diberi penghargaan. Dan tak lupa juga pada pembantu ana, taufik, yang terpaksa mengikut ana setiap sejam setengah untuk melapor pada kapten Ismadi. Jam 4am, memang waktu paling kritikal kerana semua peserta sudah kehabisan tenaga, hanya duduk terdiam menunggu subuh. Alhamdulillah, task ini berjaya kami tamatkan.. Banyak perkara yang kami belajar, dari segi ukhuwah dan kerjasama, persefahaman dan pengalaman..

Esoknya, kami ke pantai.. Mandi laut dan snorkelling. Kapten Ismadi mengajar kami water confidences. Kami juga tracking, masuk keluar hutan.

Alhamdulillah, kem ini banyak mengajar ana, dan mengingatkan kembali diri ini..

p/s : latih diri untuk husnuzzon selalu. terutama pada sahabat2 sendiri..

Tuesday, October 20, 2009

Berkeras tapi berhikmah

Dalam kesempitan waktu membahagi masa untuk study dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, terdetik untuk menulis entry tentang satu frasa, “ berkeras tapi berhikmah”, yang dilontarkan oleh seorang sahabat. Sekali baca, pasti terus terfikir pada pendekatan dakwah. Dan memang itulah yang ana hendak ketengahkan pada entry kali ini.

Dakwah merupakan tanggungjawab setiap muslim tidak kira pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat umum. Satu usaha dalam memberi kefahaman tentang Islam yang mempunyai pelbagai pendekatan. Seseorang nuqaba’ itu sendiri perlu dan mampu menentukan halatuju usrah yang dibawanya. Sesetengah lebih selesa dengan style liqa’ dan sesetengah pula lebih kepada menjalankan aktiviti luar. Seharusnya seseorang nuqaba’ perlu arif akan minat anak2 usrah supaya ia boleh menjadi tarikan dan dalam masa yang sama dapat menyampaikan objektif utama usrah itu dijalankan. Ini bagi kes yang tahu dan mahukan lebih pengetahuan. Bagaimana bagi mereka yang tidak berapa menitikberatkan hal ini? Teringat kembali kata2 selamba ustazah ana ketika di matrikulasi dahulu,


“ Orang zaman sekarang ni, kalau tak nak dengar cakap, patut lempang je..”


Sekali dengar, agak kasar bunyinya. Tapi, keypoint sebenar yang ingin disampaikan, setiap daie seharusnya berkeras dalam menyampaikan fahaman Islam. Bukanlah dengan paksaan jauh sekali tekanan, tapi keras di sini supaya orang lain tidak menganggap pembawaan Islam itu sebagai satu perkara yang remeh dan boleh dipandang enteng. Lalu, di sinilah datangnya hikmah, tahu tegas dalam berdakwah dan dalam masa yang sama, tahu menggunakan pendekatan yang sesuai pada mad’u. Seorang daie perlu flexible dan kreatif, tidak memusat pada satu2 perkara sahaja.

Moral value of the day : jangan takut untuk melontar pendapat. Tiada konsep ‘salah betul’ dalam memberi pandangan.. Ada soalan?

~wallahua’lam~

Thursday, October 8, 2009

siapa demam, angkat tangan!

Alhamdulillah, dalam seminggu ni, Allah uji kesihatan ana dengan demam panas, batuk dan selsema. Mulanya hanya batuk2 biasa dan tak jangka pula akan melarat. Bila Allah dah tarik nikmat, baru terasa lemah dan serba kekurangan. Menunjukkan bahawa kita sentiasa bergantung padaNya. Agak payah hendak bergerak kerja dan terasa sedih bila tak dapat khidmatkan diri untuk jemaah.



Tapi, Alhamdulillah masih ada yang prihatin. Syukran jazilan pada sahabat2 yang banyak membantu. Moga Allah balas jasa kalian.

p/s: berbaliklah pada Allah dalam segala perkara dan pengurusan hidup.
~wallahua'lam~